Breaking News
Loading...
Monday, February 29, 2016

TELUK INTAN: Empat orang termasuk tiga sekeluarga maut apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 7 Jalan Sitiawan-Teluk Intan, petang tadi.
Dalam kejadian kira jam 5 petang itu, mangsa yang terbunuh ialah pemandu, Mat Noh Abdul Hamid, 64, isterinya, Noriah Hashim, 57, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan serta seorang anak perempuan mereka, Nurul Afiqah, 18, tahun yang duduk di kerusi penumpang belakang.
Seorang lagi mangsa ialah anak saudara perempuan kepada pasangan berkenaan, Lelawati Baharudin, 35, duduk di tempat duduk belakang.
Semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.
Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati nahas berlaku di laluan lurus apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Sitiawan menuju ke Teluk Intan dikatakan gagal memotong kenderaan di hadapannya lalu bertembung dengan kenderaan PERODUA Viva dinaiki mangsa.
“Ketika itu, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang menuju ke Changkat Lada, Seberang Perak, selepas mengambil anak dan anak saudaranya selesai belajar di kelas memandu di Teluk Intan,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, kemalangan itu mengakibatkan berlaku kesesakan jalan raya yang teruk di kedua-dua hala hampir satu jam dan pasukan bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Gambar nahas teluk intan

0 comments:

Post a Comment

 
//Image SEO Script by - Bloggingtipsbyakash.blogspot.com