Breaking News
Loading...
Monday, February 29, 2016


Ashraf, 35, berkata, hati kedua-dua isterinya terbuka untuk berbuat demikian selepas mendengar ceramah agama tentang bahaya laman sosial yang boleh merobohkan rumah tangga seseorang.

"Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila isteri-isteri saya dapat hidayah untuk menutup laman Instagram mereka dan tidak lagi berkongsi gambar-gambar keluarga kami.

"Saya sudah nasihatkan untuk tutup laman sosial itu sejak setahun lalu, namun tidak memaksa sehingga mereka sendiri dengan rela hati menutupnya," ujar Ashraf kepadamStar Online, di sini, Selasa.

Ashraf berkata demikian ketika ditemui pada sidang media teater Muzikal Randai Cindua Mato, yang diadakan di Istana Budaya.

Tambah Ashraf, dia menyedari laman sosial menjadi punca utama kepada kemusnahan institusi kekeluargaan dan menakibatkan perceraian berlaku di negara ini.

Katanya, laman sosial juga boleh menyumbang kepada unsur-unsur negatif menerusi komen-komen yang tidak sepatutnya.

"Saya sedar kerana saya sering mendapatkan maklumat dan pandangan daripada pihak jabatan agama tentang punca utama masalah perceraian dan memang mengejutkan ia daripada laman sosial.

"Daripada situ saya tidak selesa isteri-isteri saya berkongsi gambar keluarga kami di laman sosial. Ini kerana komen-komen orang luar yang suka membandingkan mereka sedikit sebanyak akan menjadi punca masalah keluarga," ujarnya.

Tambah Ashraf, kedua-dua isterinya itu bukan selebriti yang memerlukan medium itu untuk mempromosikan produk mereka.

Selain itu, dia juga tidak membenarkan anak-anak mereka mempunyai laman sosial seperti anak selebriti lain.

"Biar saya seorang sahaja yang ada laman sosial kerana saya perlu promosikan drama-drama yang saya terbitkan, mereka bukan artis untuk berbuat begitu.

0 comments:

Post a Comment

 
//Image SEO Script by - Bloggingtipsbyakash.blogspot.com