Derita sakit misteri, rakan-rakan bantu viralkan penderitaan ditanggung Ammar
Info Post
Seorang pelajar, Abu Ammar Mustaqim Abu Bakar, kini terlantar di rumah selepas diserang sejenis penyakit misteri.
Penderitaan Ammar itu mendapat perhatian rakan-rakannya yang melancarkan kempen di media sosial untuk membantu membiayai kos perubatan Ammar.
Menurut rakan-rakannya, penyakit Ammar, 22, setakat ini belum dapat dipastikan doktor dan diklasifikasikan sebagai unknown (tidak diketahui).
Menerusi gambar yang dikirimkan, Ammar dilihat mengalami bengkak di bahu sebelah kirinya.
Ammar yang merupakan anak sulung enam beradik, dan pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
Rakannya juga berharap situasi Ammar akan mendapat perhatian pengamal perubatan agar dapat membantu mengenal pasti penyakit yang dihadapi, sekali gus membantu memberikan cadangan rawatan penyembuhan.
0 comments:
Post a Comment