Breaking News
Loading...
Thursday, February 11, 2016

Adam AF Dan Fiza Elite Sah Bercerai Kali Kedua | Selebriti serba boleh, Fiza Elite menyatakan dirinya kini sudah diceraikan oleh bekas suaminya iaitu Adam AF baru-baru ini.
“Kami berpisah cara baik. Saya anggap sudah bukan jodoh untuk kami bersama lagi. Saya minta dia lepaskan saya tanpa dendam di hati. Sekarang masing masing bawa haluan sendiri.
“Saya mahu kongsi hal ini kerana mahu maklumkan status sebenar. Ini kerana ramai sudah mula bertanya setiap kali saya berjalan tanpa Adam di sisi.
“Malah, Adam sudah tidak memuat naik gambar saya di laman Instagramnya. Jadi saya lihat pencerahan ini perlu supaya tak menjadi fitnah pula,” katanya.
Pasangan ini pernah bercerai pada 28 April 2014 tetapi rujuk pada tahun sama. Akan tetapi, Fiza nekad menuntut cerai sekali lagi lantaran hubungan mereka tidak boleh dipertahankan lagi.
Buat kali kedua, Adam menceraikan Fiza dengan talak satu di rumah mereka di Gombak pada 21 September lalu. Mereka kemudian mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember lalu.
Fiza memberitahu dirinya sudah berusaha sebaik mungkin serta memberi peluang kepada Adam mempertahankan rumah tangga yang dibina.
“Kali pertama bercerai, saya masih berharap kami akan terus bahagia. Namun, semakin lama, semuanya dilihat semakin kelam. Jadi, pada tahun lalu, saya nekad untuk berpisah dengannya. Kami tidak tinggal sebumbung beberapa bulan.

0 comments:

Post a Comment

 
//Image SEO Script by - Bloggingtipsbyakash.blogspot.com