Ibu Campak Bayi Dari Tingkat 18 Flat Danau Kota Dikenal Pasti|Kes perkembangan terkini mengenai seorang ibu mencampak bayi dari tingkat 18 Flat Danau Kota, Setapak, dekat sini.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar pagi tadi Mayat bayi itu ditemui pada 8.30 pagi oleh seorang seorang lelaki yang segera menghubungi pihak polis.
Mengikut laporan NTV 7 Pada jam 1:30 tadi mengatakan wanita yang berumur 39 tahun dipercayai seorang melayu di tahan atas kes tersebut.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata, bayi perempuan itu ditemui bersama uri dan parah di kepala.
“Hasil siasatan awal mendapati, bayi itu adalah anak kedua suspek dan dicampak dari balkoni rumahnya di tingkat 18.
“Suspek yang juga ejen hartanah ditahan dirumahnya yang dihuni bersama anak perempuannya berusia 5 tahun,” suspek juga telah ditinggalkan suaminya sejak dua tahun lalu .katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, petang tadi.
Menurutnya, suspek kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan kerana membunuh anak selepas kelahiran.
Ibu Campak Bayi Dari Tingkat 18 Flat Danau Kota Dikenal Pasti
Info Post
0 comments:
Post a Comment