Kepala Bayi Terputus Dan Badan Tertinggal Dalam Rahim Ibu Ketika Bersalin|Sepasang suami isteri bohirin dan Farida Hanum Terpaksa akur dengan ketentuan takdir yang menimpa mereka apabila bayi mereka maut selepas kepalanya terputus saat proses persalinan menggunakan khidmat bidan desa Aek Tarum, Bandar Pulau, Asahan, Sumatera Utara baru-baru ini.
Portal berita bangkapos.com melaporkan, semasa proses bersalin, kepala bayi yang baru keluar dari pintu rahim ibunya tiba-tiba terputus dan badan bayi malang itu tertinggal di dalam rahim ibunya.
Sejurus mendapati kepala bayi itu terputus, bidan desa Dumaria Siahaan yang sedang menyambut kelahiran bayi berkenaan bertindak pantas mengejarkan ibu bayi itu ke hospital berdekatan.
Difahamkan, Hanum telah dimasukkan ke Rumah Sakit Umum (RSU) Abdul Manan Simatupang.
Namun tanpa disedari bidan desa itu telah tertinggal kepala bayi terbabit di rumah Hanum.
Selain itu, badan bayi yang terputus berjaya dikeluarkan dari rahim Hanum sebelum proses pembedahan dilakukan pihak hospital.
Hanum kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital.Sejurus itu, keluarga Hanum bertindak membuat laporan polis mengenai kejadian itu di balai polis Asahan.
Pihak polis setakat ini masih melakukan siasatan lanjut membabitkan kejadian itu dengan melakukan soal siasat ke atas empat saksi.
siasatan awal:
Kepala Bayi Terputus Dan Badan Tertinggal Dalam Rahim Ibu Ketika Bersalin
Info Post
0 comments:
Post a Comment