Breaking News
Loading...
Friday, February 12, 2016

Wanita Ini Dedah Bagaimana Lelaki Nigeria Tundukkan Gadis Melayu | Saya berhubung dengan bekas kekasih lelaki Nigeria, ‘Jun’ melalui telefon awal hari ini. Dia kedengaran mesra dan saya percayai Jun meluahkan perasannya dari hati tulus ikhlas.
“Kita kongsikan kisah ini bersama masyarakat agar gadis tempatan di luar sana masih dibelenggu cengkaman lelaki Nigeria mampu tersedar akan kesilapan sedang mereka lakukan,” ujar saya.
Jun bersetuju. Saya berjanji dengan gadis dilahirkan dalam keluarga berada itu untuk tidak mendedahkan identitinya.
“Saya dan Charles berjumpa di laman sembang IMPU pada tahun 2010. Dari situ kami kemudian berhubung melalui Yahoo Messanger. Selepas itu, Charles beralih ke akaun Facebook. Saya lihat ketika itu dia hanya mengguakan avatar kartun sahaja,” katanya.
Berikutan pujuk rayu dan godaan Charles, pada Oktober 2010, Jun membuat keputusan berkunjung ke apartment disewa oleh lelaki Nigeria terbabit di Puchong, Selangor.
“Waktu itu dia tinggal berseorangan, apartment disewa dengan harga RM1,250 sebulan. Charles memberitahu saya, ayahnya sudah lama meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang berfungsi. Manakala ibunya seorang professor dan dia anak ke 3 dari 7 beradik. Saya pernah bertanya, mengapa dia datang ke Malaysia? Charles kemudian berkongsi kisah sedih ditempuhnya. Dia mendakwa keluarga ayahnya kaya namun selepas ayah meninggal dunia, dia dan adik beradik hanya dibesarkan oleh ibu mereka, diketepikan oleh keluarga ayah. Akibat hasad dengki, ahli keluarga ayah didakwa cuba menggunakan ilmu hitam, vodoo, terhadap dirinya. Berikutan itu Charles terpaksa melarikan diri. Katanya, dia datang ke Malaysia hanya berbekalkan wang tunai 200 US Dollar sahaja. Saya dilahirkan dalam keluarga senang dan memang sifat saya terlalu cepat berasa simpati apabila mendengar kisah sedih diceritakan kepada saya,” kata Jun.
Tambah Jun, dia pernah melihat gambar ibu Charles dan wanita itu juga pernah menghubungi anaknya beberapa kali ketika dia keluar bersama bekas kekasihnya itu.

0 comments:

Post a Comment

 
//Image SEO Script by - Bloggingtipsbyakash.blogspot.com