Breaking News
Loading...
Thursday, January 28, 2016

Enam sekeluarga, termasuk tiga kanak-kanak, maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori di Kilometer 25 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Kampung Rantau Manis di Gua Musang hari ini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, pemandu kereta Nur Amira Azudin, 23, ibunya Mardiah Drani, 48, kakak iparnya Noor Azila Yasin, 27, serta tiga orang anak saudaranya maut.
"Tiga orang anak saudara yang maut itu termasuk anak Noor Azila, Muhammad Hadif Haykal Muhd Hafiz yang berumur setahun enam bulan, serta pasangan kembar Siti Badrishah Ab Rahman dan Siti Noraudah, berusia empat tahun," katanya kepada pemberita.
Suami Noor Azila, yang merupakan abang Nur Amira, Muhd Hafiz, 30, cedera parah di kepala serta badan, dan kini dirawat di Hospital Gua Musang.
Pemandu dua lori yang turut terbabit dalam kemalangan itu, Ahmad Ismail, 37, dan Ahmad Zaki Pahmi, 30, tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.
Saiful Bahri berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika Nur Amira yang dipercayai cuba memotong sebuah lori bertembung dengan sebuah lori lain yang datang dari arah bertentangan.

0 comments:

Post a Comment

 
//Image SEO Script by - Bloggingtipsbyakash.blogspot.com