Breaking News
Loading...
Thursday, January 28, 2016

PUTRAJAYA - Sumber dari seorang kakitangan awam di pusat pentadbiran kerajaan mendedahkan, kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan sepenuhnya bermula Disember 2016.

"Kakitangan berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan sepenuhnya mulai Disember 2016. Kepada kakitangan kontrak, bolehlah mula merancang untuk mencari kerja-kerja lain sementara masa masih ada," kata sumber.

Menurut individu yang mendedahkan perkara tersebut, dia mendapat maklumat itu dari mesyuarat yang dihadiri olehnya pagi tadi.

Dia yang pada mulanya enggan berkongsikan mengenai perkara itu namun memikirkan bahawa kakitangan awam berstatus kontrak perlu tahu dan membuat persediaan awal, lalu mendedahkan perkara itu di media sosial.

"Saya sebenarnya enggan ambil pusing tetapi memandangkan saya perlu beritahu untuk persediaan awal rakan-rakan yang terlibat agar perkara ini tidaklah mengejutkan mereka.

"Saya pun ada anak bini, saya pun fikirkan nasib kakitangan kontrak yang ada anak bini. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik," katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
//Image SEO Script by - Bloggingtipsbyakash.blogspot.com