Breaking News
Loading...
Thursday, January 28, 2016


Coretan khas kisah sayu bayi usia 2 bulan bertarung nyawa di ICU ini pasti buat anda rasa sayu…
Anak Syurga
Bismillah…di saat Uncle Yie tulis nih, baby wafi dah selamat disemadikan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah serta salam ke atas Rasulullah atas peluang untuk Uncle Yie dan rakan rakan dapat kenal wafi walaupun seketika.
Uncle Yie tak tahu kenapa, sebelum Wafi lahir lagi. Uncle Yie cukup kagum dengan semangat dan pengorbanan ibu dan ayah Wafi. Masih ingat lagi, sebelum Wafi lahir, due date dah esok hari. Ibu Wafi masih lagi mengagahkan diri membantu ayah Wafi mencari rezeki. Uncle Yie tengok je dari jauh. Besar sungguh pengorbanan ibu Wafi. Tak sama macam ibu ibu lain, ibu wafi orangnya hebat, beruntunglah ayah wafi dapat seorang isteri yang taat dan solehah. Sanggup bersusah payah disisi suami tercinta.
Dari saat itu, uncle yie mula merasa kagum dengan ibu dan ayah wafi. Dari situ lah, kami kenal. Lama kelamaan kami jadi rapat. Disamping kawan kawan lain disisi. Entah kenapa, kami baru sahaja kenal, tapi kami rasa macam dah lama kenal dan kami rasa mcm adik beradik. Alhamdulillah, tidak lama lepas tuh, wafi selamat dilahirkan ke dunia nih. Ibu dan Ayah wafi gembira sangat masa tuh. Anak sulung pertama…
Ayah wafi rajin orangnya. Sangat rajin, semangat dia tak pernah putus. Dia berusaha siang dan malam mencari rezeki untuk wafi dan ibu. Kadang-kala kesian uncle tengok, dalam hati duk fikir.. Macamana aku nak bantu ayah wafi nih. Sebab ayah wafi nih memang tak pernah suka menyusahkan orang lain. Dia akan cuba sedaya upaya dia sendiri. Dia tak mahu susahkan orang lain. Semangat dia tuh buat uncle yie makin nak rapat dengan ayah wafi nih.

0 comments:

Post a Comment

 
//Image SEO Script by - Bloggingtipsbyakash.blogspot.com