Breaking News
Loading...
Wednesday, January 27, 2016

SEORANG guru tadika merancang untuk menyaman individu yang bertanggungjawab membocorkan dan menyebarkan video seks yang menunjukkan dia sedang ‘melayan’ seorang pelanggan yang dipercayai dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dalam kejadian di Kaliningrad, Barat Rusia.
Memetik laporan sebuah portal antarabangsa, guru berkenaan, Katya Gorlova, 22, didakwa menerima wang daripada seorang pelanggan, sebelum melakukan adegan intim tersebut.
Menerusi video yang tersebar, Katya memberitahu bahawa pekerjaan sebenarnya ialah sebagai seorang pengajar dan guru tarian kepada kanak-kanak di sebuah sekolah.
Bagaimanapun, selepas video seks tersebut tersebar, Katya mengakui melakukan kerja sambilan sebagai pelacur, namun tidak menganggu tugasnya di sekolah kerana dia masih lagi bujang dan bebas melakukan apa sahaja.
Laporan juga menyatakan bahawa Katya kini berdepan dengan siasatan, namun tidak dapat dipastikan samada dia masih lagi bertugas sebagai guru tadika atau sebaliknya.
Video tersebut menimbulkan perdebatan dalam kalangan media sosial di negara tersebut.

0 comments:

Post a Comment

 
//Image SEO Script by - Bloggingtipsbyakash.blogspot.com