Kadang-kadang umur tidak menjanjikan seseorang itu matang dalam berfikir. Begitu juga dengan insaf dalam melakukan dosa. Baru-baru ini seorang nenek berusia 53 tahun yang tinggal di dalam sebuah kontena di Anak Bukit di sini, ditahan kerana berkhalwat dengan pasangannya berusia 62 tahun tengah malam semalam.
Kisah wanita yang tinggal bersama seorang anak lelaki orang kelainan upaya (OKU) berusia 19 tahun di dalam kontena sejak lebih setahun lalu, pernah mendapat liputan media kerana mengaku miskin dan memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup.
Dia ditahan pada kira-kira jam 12.30 tengah malam apabila pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam negeri Kedah (JAIK) menyerbu kontena berkenaan dan mendapati seorang lelaki warga tua turut berada di situ.
Selain anak lelaki OKU wanita itu turut mempunyai seorang anak perempuan berusia sekitar 20-an namun sudah berkahwin dan tinggal berasingan.
http://phearumsreyka.blogspot.com/2016/01/khairul-fahmi-dimaki-peminat-kelantan.html
Info Post
0 comments:
Post a Comment