Breaking News
Loading...
Wednesday, January 20, 2016

JOHOR BAHRU: Belum sempat mengagih hasil samun, dua lelaki maut ketika cuba melarikan diri.


Itulah yang terjadi apabila kereta yang dinaiki dua penyamun berkenaan bertembung dengan sebuah trak pikap di persimpangan lampu isyarat di Taman Pelangi, Johor Bahru awal pagi Isnin.


Sebelum kemalangan, kedua suspek dipercayai telah menyamun seorang lelaki berusia 33 tahun.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata mangsa ketika itu turun daripada kenderaannya untuk membeli makanan.


Mangsa kemudiannya didatangi suspek yang bersenjatakan parang 12 inci yang merampas beg sandang miliknya dan melarikan diri menaiki sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu seorang lagi suspek.


Mangsa kemudiannya bertindak mengejar suspek sejauh 2.5 kilometer sebelum kenderaan suspek hilang kawalan dan bertembung dengan trak pikap tersebut.

0 comments:

Post a Comment

 
//Image SEO Script by - Bloggingtipsbyakash.blogspot.com