Breaking News
Loading...
Tuesday, January 26, 2016

CHERAS - Cubaan sekumpulan empat penjenayah bersenjatakan parang menyamun sebuah klinik berakhir tragedi setelah seorang daripada mereka maut ditembak seorang ahli perniagaan berstatus Tan Sri di Poliklinik Pertama, Taman Pertama di sini malam tadi.

Beliau adalah Tan Sri Lim Sing @ Lam Kam Sang seorang Taikun Balak yang memiliki lesen senjata api sejak lebih 20 tahun. Beliau juga adalah Ketua Bahagian MCA Raub.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, sebelum kejadian pada kira-kira pukul 9.50 malam itu, kumpulan penjenayah terbabit telah menyerbu masuk ke dalam klinik tersebut sebelum memaksa seorang doktor dan tiga pembantu klinik berkenaan untuk menyerahkan wang dan barangan berharga masing-masing.

"Mereka cuba untuk menyamun pesakit yang berada di dalam klinik tersebut tanpa menyedari salah seorang daripada mereka ialah seorang Tan Sri.

0 comments:

Post a Comment

 
//Image SEO Script by - Bloggingtipsbyakash.blogspot.com