Kuala Lumpur: Kelmarin, pelakon, Elly Mazlein, 36,menyampaikan khabar gembira apabila menimang cahaya mata perempuan, namun malam tadi, dia mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan suaminya yang juga pengarah drama, Azmi Hatta pada tahun lalu.
“Cukup untuk saya beritahu, saya dan Azmi bukan lagi suami isteri. Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut berkenaan perkara itu.
“Sudah tiba masanya saya memaklumkan perkara ini memandangkan saya sudah selamat bersalin. Jadi, tidak perlu lagi timbul sebarang spekulasi berkenaan hubungan kami selama ini,” kata Elly kepada kepada Harian Metro.
0 comments:
Post a Comment