Wanita Kongsi Faedah Kenapa Perlu Jimak Tiap Malam Bersama Suami|Pada satu hari ketika membasuh pinggan, saya menyedari bahawa sudah lapan hari kami tidak bersentuhan. Lapan hari itu adalah tempoh yang agak lama bagi kami.
Tetapi yang merisaukan saya adalah saya tidak rasamenginginkannya atau merinduinya. Saya tidak merindui disentuh olehnya.
Dan itulah adalah masalah yang terbesar. Jadi, selepas menidurkan anak pada waktu malam, saya menjeling suami saya. Ya, saya memang sangat penat. Tetapi ketika mengeringkan pinggan mangkuk, saya terfikir kenapa dulu saya tidak begitu?.
SEKS BERSAMA SUAMI
Saya mendapat inspirasi dan menyorot kembali mengapa saya perlukan seks dengan suami setiap malam:
1. Ingin selalu disentuh
Kebanyakan hari saya dipenuhi dengan bermain anak patung dengan anak, lap makanan bayi yang tertumpah pada baju, tukarkan lampin bayi dan berjalan di taman.
Ya, sayalah tukang masak, tukang bersih, guru dan membersihkan segala jenis kotoran yang menjijikkan.
Tetapi saya juga lebih dari sekadar itu, lebih dari sekadar memainkan peranan-peranan yang tersebut di atas.
Saya seorang perempuan! Dan ada potensi yang mendalam bahawa saya hebat dalam mencium juga. Ia adalah satu perkara yang indah dengan mencari diri sendiri melalui sentuhan orang lain.
Terdapat satu benda yang misteri dan tersembunyi apabila saya mencium lelaki yang saya cintai.
2. Ingin jadikan suami seorang lelaki
Jika anda ingin suami anda untuk bertindak seperti seorang lelaki, anda perlulah memandangnya sebagai seorang lelaki. Wanita memerlukan beberapa kriteria pada lelaki untuk menyayanginya. Tetapi lelaki jauh lebih mudah. Mereka perlu diberi makan, dihargai dan mereka perlukan seks. Itu sahaja.
Jadi, sekali sekala, masakkan untuknya atau pesan makanan diluar. Ucapkan terima kasih kerana membanting tulang bekerja berjam-jam di luar dan berikan pelukan mesra setiap kali dia pulang ke rumah. Kemudian, berikannya layanan yang selayaknya.
Wanita Kongsi Faedah Kenapa Perlu Jimak Tiap Malam Bersama Suami
Info Post
0 comments:
Post a Comment