Breaking News
Loading...
Friday, March 11, 2016

PUTRAJAYA, Seorang buruh binaan akan meringkuk dan menghabiskan sisa hidupnya dalam penjara, kerana merogol dan meliwat isteri kawannya.

Azhar Che San, 43 tahun yang gagal dalam rayuan terakhirnya, apabila Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan untuk mengurangkan hukuman penjara 38 tahun dan 24 kali sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi. Hakim, Datuk Zawawi Mohd Salleh yang mempengerusikan panel tiga anggota berkata, walaupun perayu (Azhar) akan dibebaskan dari penjara semasa usia 81 tahun.

Mahkamah tidak mempunyai kecenderungan untuk mengurangkan hukuman penjara, disebabkan fakta kes. Beliau berkata, hukuman penjara 38 tahun dan 24 kali sebatan, setimpal dengan jenayah yang dilakukannya.

Panel Mahkamah Agung yang turut bersidang, iaitu Hakim Ong Lam Kiat dan Datuk P. Nalini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 18 tahun dan lapan sebatan setiap satu, bagi dua pertuduhan merogol seorang wanita berumur 46 tahun, serta penjara 20 tahun dan lapan sebatan kerana meliwat mangsa.

0 comments:

Post a Comment

 
//Image SEO Script by - Bloggingtipsbyakash.blogspot.com