Breaking News
Loading...
Saturday, March 5, 2016



BANGI 16 Jan. – “Abang Yan, tolong. Saya sakit, haus”.

Itulah teriakan sakit mangsa kemalangan tragis, Hasna Jawahir, 41, memanggil abang sulungnya, Jamiran Jawahir, 50, semasa tersepit dalam kereta selama lebih satu jam.

Operator pengeluaran kilang itu terlibat dalam kemalangan selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah lori 10 tan ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di simpang tiga Jalan Besar, Pekan Bangi Lama, di sini pagi ini.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Kampung Rinching Hilir, dekat sini.

Menurut abang sepupunya, Abdul Rahim Mat Som, 53, selepas pihak bomba memaklumkan keja­dian itu, beberapa ahli keluarga termasuk suami dan anak sulung mang­sa bergegas ke tempat kejadian.

“Saya terdiam seribu bahasa melihat anak arwah meraung-raung memanggil ibunya namun ditenangkan oleh ahli keluarga lain.

“Ketika kejadian, mangsa hanya menjerit kesakitan serta memanggil abang sulungnya, Jamiran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi semasa mangsa memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback untuk pulang selepas waktu kerjanya tamat.

Semasa tiba di tempat kejadian, Hasna yang memberhentikan kenderaannya di persimpangan lampu isyarat dirempuh dan diseret sebuah lori 10 tan yang membawa muatan batu.

Tidak cukup dengan itu, pemandu lori dikatakan gagal memberhentikan kenderaannya lalu merempuh tiga lagi kenderaan lain yang turut berhenti menunggu lampu isyarat.

Akibat rempuhan tersebut, mangsa tersepit di kerusi pemandu selama lebih sejam sebelum berjaya dikeluarkan pasukan Bomba dan Penyelamat.

Bagaimanapun, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam selepas itu ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang, dekat sini.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pemandu lori yang da­tang dari arah Jalan Bangi-Semenyih itu dipercayai gagal menga­wal kenderaanya sebelum terbabas ke Jalan Bangi Lama lalu merempuh kereta yang dipandu Hasna.

0 comments:

Post a Comment

 
//Image SEO Script by - Bloggingtipsbyakash.blogspot.com