Breaking News
Loading...
Thursday, March 10, 2016

Wanita Kongsi Pengalaman Kena Santau Rahim|Assalamualaikum..Saya degan rendah hati mohon pada Allah agar kami sekeluarga sentiasa dilindungi dari makhluk Allah,hasad dengki,irihati,dan segala hal yang tak diingini..
Pagi semalam saya terjumpa benda ni belakag rumah kat celahan pokok kari..saya waktu tu tak fikir apa-apa dan ambil benda tu..nak buka was-was..saya tunggu sampai suami balik kerja..tapi sebelum suami balik kerja saya dah mata pakcik sebelah rumah tolong bukakan..
Mashaallah..pada Allah kami memohon jauhkan kami dari segala perbuatan syirik..dalam bungkusan tu ada berus dawai,4 batang jarum,beberapa helai rambut,beras & lada hitam di bungkus menggunakan kain barut bayi..
Pada malam semalam juga suami saya telah berjumpa dengan seorang ustaz yang mahir tentang hal ni..Dan ustaz tu mengatakan itu adalah santau untuk merosakkan rahim..mungkin kerana sifat irihati melihat rezeki anak kembar 2 & 3 yang Allah kurniakan pada kami.
Kemungkinan motifnya agar saya tidak dapat melahirkn zuriat lagi..ustaz tu tahu sangat dengan benda tu.ustaz itu meminta kami untuk menghanyutkan benda ni kat laut/sungai dengan benda tu dalam bekas yang bertutup rapat..
Andai diizinkan Allah ustaz tu akan datang rumah kami nanti untuk memagar dengan air yasin dan saya juga diminta untuk minum air bacaan yasin..dalam masa yang sama kami terus meminta pertolongan pada Allah.
Kami tak sangka diarus kemodenan ni masih ada lagi terselit perbuatan syirik ni dalamn kalangan kita umat islam..saya memohon pada Allah agar kami sekeluarga sentiasa dilindungi dari segala hasad dengki,i rihati,dan dijauhkn dari segala marabahaya.

0 comments:

Post a Comment

 
//Image SEO Script by - Bloggingtipsbyakash.blogspot.com