Beberapa tahun lepas aku terbaca di Harian Metro kisah seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya kerana tidak berdarah pada malam pertama perkahwinan mereka. Si suami beranggapan si isteri telah menipu dirinya dan tidur dengan lelaki lain sebelum berkahwin. Berita ini amat menyedihkan kerana cinta yang mereka bina selama ini hancur musnah kerana sikap tidak berfikir panjang si suami.
Namun kisah ini tidak seburuk berita berita yang aku dengar dari negara negara konservatif muslim. Di Pakistan dan Bangladesh umpamanya ramai isteri yang tidak berdarah pada malam pertama dibunuh atau/dan dibakar oleh suami, abang atau bapa mereka kerana dikatakan telah menconteng arang ke muka keluarga. Pada pendapat aku, berdarah atau tidak berdarah bukanlah satu perkara yang perlu dijadikan isu. Dibawah ini akan aku jelaskan mengapa.
Pertama sekali, bukan semua wanita dilahirkan dengan selaput dara. Menurut Nederlandse Vereniging voor Obstetrie en Gynaecologie (May 2004), 1 bagi setiap 1000 orang wanita dilahirkan tanpa selaput dara. Dalam erti kata lain, kira – kira 15000 wanita di Malaysia tidak mempunyai selaput dara.
Selain itu, selaput dara bukan sahaja boleh pecah kerana aktiviti seks tetapi juga kerana faktor faktor yang lain seperti penggunaan tampon yang kerap, penggunaan vaginal speculum ketika pemeriksaan kesihatan, onani, sering melakukan akitiviti lasak serta bersukan, kecederaan atau penderaan fizikal. Atas sebab – sebab ini berdarah atau tidak bukanlah petunjuk konkusif bahawa si wanita itu pernah melakukan seks atau tidak.
0 comments:
Post a Comment