Breaking News
Loading...
Thursday, March 3, 2016

Kajian Dapati Lelaki Curang Lebih Cepat Mati|Saya teringat kepada Osman (bukan nama sebenar) takkala menatap tajuk satu rencana dalam surat khabar kelmarin, Curang Punca Sakit Jantung. Sebabnya, dia pernah mengadu, sejak kantoi kes hubungan gelap, gerak gerinya tidak lagi bebas.
“Aku bagi makan ikan akuarium di luar rumah pun disoal macam suspek pecah rumah. Kononnya aku berlakon supaya boleh keluar untuk contact girlfriend. Cuci kereta, gosok lama sikit di bahagian bontot dan isteri aku tak nampak, cepat saja dia melaung, buat apa tuuuuuu????
“Boleh sakit jantung aku macam ni,” katanya. Itu cerita Osman. Namun apabila rencana itu saya baca habis, saya dapati ceritanya lain. Osman belum tidak sampai ke tahap itu.
Menurut rencana yang mengulas laporan Journal of Sexual Medicine itu, kajian Universiti Florence, Itali mendapati kecurangan lelaki yang sudah berkahwin boleh meningkatkan risiko serangan jantung.
Sudah banyak kes dilaporkan, ramai lelaki meninggal dunia ketika melakukan hubungan seks dengan teman wanita mereka.
Dan tidak ada pula laporan mereka yang temui ajal ketika bertukartukar cenderamata dengan isteri. Sebabnya apa? Satu kajian di Jerman menyatakan, lelaki yang menghadapi masalah kardiak (berkaitan jantung) berhadapan risiko tinggi serangan apabila melakukan hubungan seks dalam keadaan tidak tenang.
Banyak keadaan untuk dikaitkan sebagai punca mengapa mereka tidak tenang. Antaranya ialah ‘kerja keras’ yang terpaksa dilakukan untuk memuaskan pasangan. Oleh kerana kajian itu berkait dengan lelaki yang berkahwin, yang agak berusia dan pasangan pula mungkin jauh lebih muda, maka kerja keras itu perlulah dilipat ganda. Ini tentunya akan meningkatkan juga degupan jantung secara drastik.
Keadaan tidak sama dengan situasi mereka melakukan hubungan dengan isteri yang sebaya. Tuntutan dan kehendak pasti berbeza antara yang berusia dengan yang lebih muda.
Kerja keras yang dipaksa dan tidak sepadan dengan kemampuan fizikal boleh menyebabkan arteri tersumbat, dan berisiko untuk pecah. Mengikut rekod perubatan, gejala arteri tersumbat adalah satu pertiga daripada punca kematian.

0 comments:

Post a Comment

 
//Image SEO Script by - Bloggingtipsbyakash.blogspot.com