Buenos Aires: Seorang lelaki yang ditangkap ketika cuba merogol seorang budak perempuan berusia lapan tahun dibogelkan sebelum diikat dengan tali dan dipaksa berjalan di sekitar kampungnya untuk memalukannya.
Kejadian berlaku di kejiranan Santa Brigida, Buenos Aires dengan gambar lelaki berkenaan yang tidak memakai seurat benang dan berkaki ayam berjalan sejauh kira-kira 0.6 kilometer dengan tangannya diikat tali sebelum diserahkan kepada polis.
Polis wanita yang melakukan tangkapan kemudian dilihat memotong talinya, menggari suspek dan menolaknya masuk ke dalam kereta masih dalam keadaan tidak berbaju, sementara orang ramai mengelilingi kenderaan itu dan memaki-hamunnya. Seorang lelaki menjerit “Lain kali kami akan bunuh kamu!” manakala suara wanita pula didengar berkata “Menjijikkan! Ikat saja dia pada belakang kereta!”
0 comments:
Post a Comment