Breaking News
Loading...
Tuesday, March 8, 2016

Ahli penyanyi kumpulan wanita SNH48 cedera dan kini dirawat selepas tubuhnya disambar api di sebuah kedai kopi di sini, lapor ShanghaiDaily.

Polis daerah Baoshan mengesahkan insiden tersebut dan berkata seorang wanita disambar api di sebuah kedai kopi berdekatan Boashan Wanda Plaza pada jam 7.45 petang dan dia kini berada di hospital untuk menerima rawatan.

Mangsa disahkan sebagai Tang Anqi berusia 24 tahun yang merupakan salah seorang ahli kumpulan popular SNH48, menurut syarikat pengurusan selebriti itu.

Polis berkata, wanita itu dikatakan bertengkar dengan seorang rakan wanitanya ketika api yang dinyalakan melalui pemetik api menyambar pakaiannya.

Mangsa dilaporkan memakai kot dan stoking sutera semasa insiden. Api kemudian berjaya dipadamkan olah pekerja kafe dan Tang kemudiannya dihantar ke hospital.

Sementara itu pengurus kedai, Wen berkata, tiada siapa tahu apa yang terjadi kerana semua pekerja berada di tingkat bawah kedai manakala mangsa bersama rakannya berada di tingkat dua kedai.

"Dia dilihat tidak berada dalam mood yang baik dan menambah dua pelanggannya itu tidak merokok malah tidak memesan makanan yang memerlukan pekerja menggunakan pemetik api," katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

 
//Image SEO Script by - Bloggingtipsbyakash.blogspot.com